Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neelofa puji penampilan sopan Ameera Khan

    Selebriti dan usahawan terkenal Malaysia, Noor Neelofa menzahirkan pujian terhadap penampilan adik perempuannya yang juga pempengaruh popular, Ameera Khan, apabila tampil dengan gaya berpakaian yang lebih sopan dan ayu di media sosial.

    Menerusi hantaran di cerita Instagram, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, berkongsi semula foto yang dimuat naik oleh Ameera sambil menyatakan rasa syukur melihat penampilan adiknya yang anggun dan manis mengenakan busana serba hijau lengkap dengan selendang.

    “Masya-Allah comel sungguh. Semoga Baby (nama timangan Ameera) sentiasa disantunimu dengan rahmat kasih sayang-Nya,” katanya ringkas.

    Rata-rata pengguna media sosial juga meluahkan rasa gembira melihat perubahan imej Ameera yang disifatkan lebih bersopan dan menyenangkan. Malah, ruangan komen turut dibanjiri doa agar pempengaruh itu kekal dengan gaya sedemikian.

    “Cantik pakai macam ini. Baru nampak original Pakistan.

    “Walaupun belum mahu bertudung lagi, macam ini jauh lebih baik dan sopan.

    “Pakai macam ini lebih lawa. Tak perlu dedahkan sangat kulit,” tulis warganet di ruangan komen.

    Difahamkan, foto tersebut dirakam sempena majlis doa selamat bagi meraikan hari ulang tahun ibu tercinta, Datin Noor Kartini.

    Sebelum ini, Ameera sering menerima kritikan gara-gara gaya pemakaian yang dianggap terlalu menjolok mata sehingga mendapat kecaman warga maya. – Agensi

    Neelofa memuji penampilan Ameera Khan dengan gaya berpakaian yang lebih sopan. – Utusan Malaysia
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda