Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neelofa ungguli senarai AME2017

    KUALA LUMPUR – Pelakon Neelofa menguasai senarai calon akhir Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) dengan lima pencalonan daripada 17 kategori yang dipertandingkan.

    Neelofa dicalonkan menerusi kategori Hos MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Bintang Online MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP dan Program MeleTOP menerusi rancangan Taste Selebriti (episod Neelofa).

    Mengekori rapat ialah penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dengan empat pencalonan untuk dua kategori individu iaitu Penyanyi MeleTOP dan Bintang Online MeleTOP.

    Dua lagi pencalonan ialah bersama Faizal Tahir menerusi kategori Grup/Duo MeleTOP dan Program MeleTOP bagi rancangan Super Spontan All Star (episod Datuk Siti Nurhaliza).

    Pengumuman lima pencalonan teratas itu diadakan pada sidang media yang Zouk, di sini, Selasa.

    Anugerah MeleTOP Era 2017 bakal diadakan pada 23 April depan di Stadium Malawati, Shah Alam dekat sini.

    Ia juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada pukul 9 malam.

    Acara itu bakal dihoskan oleh Nabil Ahmad, Neelofa dan Johan (Raja Lawak).

    Neelofa menguasai senarai calon akhir Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) dengan lima pencalonan daripada 17 kategori.
    Neelofa menguasai senarai calon akhir Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) dengan lima pencalonan daripada 17 kategori.

    Antara artis yang bakal mengadakan persembahan pada malam kemuncak AME2017 ialah Dayang Nurfaizah, Joe Flizzow, Ayda Jebat, Faizal Tahir.

    Sementara itu, pemenang Top Top MeleTOP tahun lalu, Ayda Jebat dan Johan masing-masing mendapat tiga pencalonan selain Fattah Amin dan Syamsul Yusof.

    Lebih menarik, tahun ini memperlihatkan pencalonan daripada muka baharu antaranya Aiman Tino, Alvin Chong, Khai Bahar dan Vivy Yusof.

    Tambah menarik, kategori Si Cilik MeleTOP mencalonkan Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana, Aaira Ameena, Seri Aileen Marissa dan Yusof Iskandar.

    Pemenang bagi setiap kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda