KUALA LUMPUR, 6 OKT – Negara anggota ASEAN bersepakat untuk memberi kerjasama kepada Malaysia dan mengutamakan rakan negara serantau dalam membantu isu berkaitan makanan yang dihadapi negara masing-masing termasuk isu kekurangan beras.
Beliau berkata keputusan itu dinyatakan menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 yang berlangsung di sini, sejak 2 Oktober lepas dan melabuhkan tirainya hari ini.
“Kerjasama antara ASEAN misalnya kalau kita menghadapi masalah beras, negara anggota ASEAN akan mengutamakan sesama ASEAN terlebih dahulu.” – Bernama


