Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Negara ASEAN terima anugerah pelancongan

    TOKYO, 29 Mac – Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah menganugerahkan sebelas produk pelancongan dalam enam kategori untuk perjalanan dengan destinasi ke Negara Anggota ASEAN (Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam) sebagai pemenang bagi Anugerah Pelancongan ASEAN Jepun 2018.

    Dengan kejayaan pelaksanaan ‘Anugerah Pelancongan Mekong’ pada masa lalu, AJC telah memperluaskan rangkaian hadiah mereka dengan melancarkan Anugerah Pelancongan ASEAN Jepun pada tahun kewangan 2018 untuk meraikan produk pelancongan yang berkualiti dan cemerlang bagi semua destinasi ASEAN.

    Ia bertujuan untuk menggalakkan sektor pelancongan Jepun untuk mempelbagaikan produk pelancongan dan bagi menggalakkan lagi Negara-Negara Anggota ASEAN sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Jawatankuasa penghakiman yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Ejen Pelancongan Jepun (JATA), Persatuan Pengendali Pelancong Luar Negara Jepun (OTOA), dan Pusat ASEAN-Jepun, telah menyaring 76 penyertaan untuk memilih pemenang.

    Oleh yang demikian, anugerah telah diberikan kepada 11 produk pelancongan terpilih di dalam enam kategori. Terdapat juga pujian daripada pihak berpengaruh kepada satu kumpulan dan tiga individu yang menyumbang kepada promosi pelancongan di rantau itu.

    Majlis penganugerahan telah berlangsung di Tokyo Prince Hotel pada 6 Mac, 2019 dan disertai oleh kira-kira 90 tetamu dari ejen-ejen pelancongan yang dianugerahkan, pengendali di darat dan syarikat penerbangan, dan wakil-wakil bagi organisasi pelancongan dan kerajaan-kerajaan bagi negara-negara anggota ASEAN dan Jepun.

    Pada majlis itu, Jun Takashina, Naib Pesuruhjaya bagi Agensi Pelancongan Jepun, memberi komen bahawa jumlah pelawat asing ke Jepun adalah yang paling tinggi pada tahun lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda