Monday, March 27, 2023
21.9 C
Brunei

-

Negara Asia Pasifik dijangka pinjam lebih banyak tahun ini

SINGAPURA, 10 MAC – Kerajaan pusat Asia Pasifik akan terus meminjam dengan lebih banyak tahun ini walaupun pinjaman baharu mungkin menurun, kata S&P Global Ratings.

Agensi penarafan kredit itu berkata peminjaman baharu mungkin menurun daripada paras rekod pada 2022 disebabkan tekanan belanjawan yang berkurangan apabila perbelanjaan berkaitan pandemik semakin berkurangan.

Ia berkata demikian dalam laporannya bertajuk ‘Hutang Berdaulat 2023: Pinjaman Kerajaan Pusat Asia Pasifik Jatuh Di Bawah AS$4 Trilion’, yang dikeluarkan hari ini.

Penganalisis kreditnya, Kim Eng Tan berkata kebanyakan penurunan akan disebabkan oleh terbitan 2023 yang lebih kecil dari Jepun.

“Kerajaan negara ekonomi utama Asia-Pasifik lain, termasuk Australia, China, India dan Korea, berkemungkinan juga kurang meminjam tahun ini,” katanya.

Penganalisis itu menyatakan bahawa penurunan dalam peminjaman mungkin lebih ketara.

Bagaimanapun, beliau berkata keperluan untuk menyediakan sokongan kepada isi rumah dan perniagaan dalam menghadapi inflasi yang tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi mengehadkan skop untuk penyatuan fiskal. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -