Negara berdukacita kemangkatan Putera Raja

Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, kelmarin, berkenaan berangkat ke Istiadat Pemakaman Diraja bagi paduka anakanda Baginda, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim yang selamat disemadikan di Kubah Makam Diraja.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati.

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah berserta kerabat diraja.

Pada istiadat itu juga, Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Al-Haj, Tunku Temenggong Johor turut berangkat selaku wakil peribadi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Johor Darul Ta’zim.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah serta YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Istiadat Pemakaman Diraja.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah semasa menyembahyangkan jenazah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

ATAS & BAWAH: KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel berkenan menjirus air asah-asahan ke Makam Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

ATAS & BAWAH: Turut berangkat ke Istiadat Pemakaman Diraja ialah KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah.

ATAS & BAWAH: Turut berangkat ke Istiadat Pemakaman Diraja ialah YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah berserta kerabat diraja.

Puan Hajah Mariam semasa menjirus air asah-asahan ke Makam Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

Terdahulu sebelum itu, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja berangkat mengiringi jenazah Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ke Baitul Rahmah, Istana Nurul Iman bagi sembahyang jenazah berjemaah dan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Sejurus selepas itu, jenazah Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim diusung dengan kenaikan khas dari Istana Nurul Iman menuju ke tempat persemadian, Kubah Makam Diraja. Bacaan tahlil dan doanya dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

Sementara itu, bacaan Talkin pula dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

Sejurus selepas itu, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menjirus air asah-asahan ke Makam Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim diikuti DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan juga bonda Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim, Puan Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz.

Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim diputerakan pada Khamis, 8 Syawal 1402 Hijrah bersamaan 29 Julai 1982 Masihi pada jam 1:30 pagi dan mangkat pada Sabtu, 7 Rabiulawal 1442H bersamaan 24 Oktober 2020M pada jam 10:08 pagi dalam usia 38 tahun. Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim mendapat pendidikan awal di Sekolah Antarabangsa Brunei dan kemudian melanjutkan pelajarannya ke Raffles Institution, Republik Singapura seterusnya ke Oxford Brookes University di United Kingdom.

Pada 2008, Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim dihantar berkursus dalam ketenteraan selama sembilan bulan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom.

Semasa hayatnya, Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim dikurniakan Bintang Kebesaran Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B.); Pingat Kehormatan iaitu Pingat Hassanal Bolkiah Sultan (P.H.B.S.) dan Pingat Jubli Emas (Emas).