Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Negara BRICS sepakat kukuh kerjasama tangani cabaran global

    BEIJING, 14 APRIL – Sherpa (wakil peribadi bagi ketua negara atau kerajaan) negara-negara BRICS sebulat suara sepakat mengukuhkan lagi solidariti dan kerjasama untuk menangani pelbagai cabaran global, antaranya pandemik COVID dan pemulihan ekonomi.

    Ikrar itu dibuat ketika berlangsungnya mesyuarat Sherpa BRICS kedua 2022 pada Selasa hingga kelmarin menerusi pautan video.

    BRICS terdiri lima ekonomi utama sedang membangun di dunia, iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

    Selaku tuan rumah, Ma Zhaoxu yang juga Naib Menteri Luar China, mengesyorkan supaya negara BRICS mengoptimumkan peluang pembangunan, menggembleng tenaga dalam mengurus risiko dan cabaran baharu, serta memantapkan pertumbuhan hijau dan sihat menerusi jalinan rakan kongsi yang lebih rapat dan inklusif.

    “Sebagai pengerusi BRICS bagi tahun ini, kami (China) berharap komunikasi dan koordinasi sesama negara anggota dapat terus dipertingkat, selain kerjasama praktikal diperkasakan,” katanya.

    Menurut Ma, antara pencapaian terkini yang diperoleh kelima-lima negara itu ialah hasil kerjasama membabitkan tadbir urus global, kawalan wabak COVID, ekonomi digital dan program interaksi sosiobudaya.

    “Kami menjadi tuan rumah kepada lebih 20 acara untuk memastikan hubungan kerjasama yang erat dan utuh, sekali gus membuat persiapan rapi bagi memastikan kejayaan Sidang Kemuncak BRICS edisi ke-14,” jelasnya.

    Sherpa negara lain turut menghargai peranan China sebagai pengerusi BRICS tahun ini, dan mengiktiraf pencapaian serta kemajuan kerjasama blok itu dalam pelbagai bidang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda