Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Negara dalam angin monsun tenggara

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Hujan lebat dan angin kencang yang bermula sekitar 3 petang tadi telah menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah dan kawasan-kawasan mudah banjir dan insiden pokok tumbang.

    Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam dalam amaran cuacanya hari ini menyatakan bahawa angin selaju 45km sejam dijangkakan semasa atau sebelum hujan dan mengeluarkan amaran berwarna kuning.

    Sehubungan dengan ini, orang awam dinasihatkan untuk berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan termasuk harta benda mereka.

    Dalam kenyataannya di media sosial sekitar tengah hari kelmarin, jabatan berkenaan memaklumkan bahawa negara masih dalam angin monsun tenggara.

    Pada 1 pagi, taufan Hagupit telah melanda Wenzhou, China tetapi jabatan berkenaan memberi jaminan bahawa taufan berkenaan tidak akan menjejaskan negara.

    Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan pokok tumbang di salah sebuah kawasan di negara ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda