Tuesday, March 18, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Negara di dunia digesa rangka dasar monetari ikut cabaran

    ISTANBUL, 3 OKT – Ketika negara di seluruh dunia bekerja keras untuk menangani inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat, dengan sebahagian besarnya menaikkan kadar faedah, seorang ahli ekonomi yang berpangkalan di AS menggesa negara-negara menetapkan dasar monetari mengikut cabaran khusus yang mereka hadapi.

    “Setiap negara mempunyai cabaran berbeza. Setiap negara perlu belajar daripada kejayaan dan kesilapannya,” kata pengerusi ekonomi di University of Southern California, Joshua Aizenman, kepada Agensi Anadolu di Istanbul, pada satu acara mengenai transformasi ekonomi yang sedang dihadapi dunia.

    Tiada mantra untuk mengurangkan atau meningkatkan kadar faedah, kata Aizenman pada Sidang Kemuncak Transformasi Ekonomi dan Paradigma Baharu, sambil menambah sebab itulah kadar faedah tidak ditentukan oleh komputer.

    Walaupun pendirian bank pusat yang memihak kepada kenaikan kadar secara agresif, dan banyak negara mula melaksanakannya sejak akhir tahun lepas, beberapa negara masih teragak-agak untuk menyesuaikan kadar, katanya.

    Tahun ini, beberapa bank pusat telah menaikkan kadar, terutama Rizab Persekutuan AS (FED), Bank of England dan Bank Pusat Eropah, manakala beberapa negara, termasuk Rusia, China dan Turkiye, memutuskan untuk mengurangkan kadar faedah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda