Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Negara di seluruh dunia hantar anggota SAR ke Turkiye

    ANKARA, 8 FEB – Beberapa negara telah menghantar pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ke selatan Turkiye susulan dua gempa bumi kuat yang menjejaskan 10 wilayah di negara itu. Azerbaijan muncul negara pertama menghantar pasukan SAR yang terdiri daripada 400 anggota, lapor Agensi Anadolu.

    Sebuah pesawat dari Amerika Syarikat yang membawa 161 anggota dijangka mendarat di Pangkalan Udara Incirlik di wilayah Adana. 

    Mexico pula menghantar 145 anggota manakala El Salvador berkata pihaknya akan menempatkan lebih 100 anggota. Sementara itu, Suruhanjaya Eropah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa 30 anggota SAR serta pegawai perubatan telah atau akan dihantar ke Türkiye sebagai sebahagian daripada Mekanisme Perlindungan Awam EU.

    Sebanyak 79 anjing pengesan dilaporkan akan menyertai 1,200 anggota SAR dari 19 negara anggota EU dan 21 negara Eropah termasuk Montenegro dan Albania.

    “UK menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 77 pakar mencari dan menyelamat, peralatan canggih dan anjing pengesan ke Turkiye untuk membantu mencari mangsa yang terselamat dalam gempa bumi,” menurut  Twitter Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan UK. 

    Tidak ketinggalan Greece yang mengumumkan akan menempatkan 21 anggota penyelamat manakala Sepanyol menghantar pasukan profesional seramai 90 orang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda