Wednesday, September 18, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Negara Eropah berang atas kematian petugas UNRWA

    LONDON/ANKARA, 13 SEPT – Negara-negara Eropah dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kemarahan mereka pada Khamis terhadap serangan Israel ke atas sebuah sekolah di Semenanjung Gaza yang mengorbankan enam petugas Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), lapor Agensi Anadolu.

    Sekurang-kurangnya 18 orang, termasuk enam petugas UNRWA terbunuh pada Rabu dalam dua serangan ke atas Sekolah Al-Jaouni di Kem Pelarian Nuseirat, menurut pihak berkuasa kesihatan.

    Perdana Menteri Ireland, Simon Harris, menyatakan kesedihan terhadap serangan itu dan menyebut bahawa lebih daripada 220 kakitangan UNRWA telah terbunuh di Gaza sejak Oktober lepas.

    “Kita tidak boleh membiarkan perkara ini menjadi normal atau mengambil ringan risiko yang dihadapi petugas kemanusiaan dengan nyawa mereka sendiri untuk membantu orang lain,” kata Harris.

    Setiausaha Luar United Kingdom, David Lammy, berkata dalam hantaran di platform X, “Pekerja bantuan mesti dapat menjalankan tugas mereka dengan selamat. Kita memerlukan perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tawanan sekarang.” – Bernama

    Seorang anggota UNRWA memeriksa halaman sekolah selepas serangan udara Israel melanda tapak itu, di Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza pada 11 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda