Negara EU sekat kemasukan pelawat AS

WASHINGTON, 24 JUN – Negara Kesatuan Eropah (EU) mungkin menutup sempadan mereka kepada pelawat Amerika Syarikat (AS) tatkala mereka berusaha membuka semula ekonomi mereka kepada pelancongan disebabkan cara Washington mengendali pandemik, lapor The New York Times semalam, memetik pegawai Eropah tanpa memberikan nama.

Seorang pegawai yang terbabit dalam rundingan dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah mengenai siapa yang dibenarkan melawat blok berkongsi draf senarai pelawat yang diterima dan Amerika tidak ada dalam senarai itu.

Pegawai kedua yang terbabit dalam rundingan mengesahkan senarai itu, yang belum diumumkan kepada orang awam dan dua orang lain mengesahkan isi kandungannya.

Masih tidak jelas sama ada pegawai AS sedar mengenai senarai di mana warga AS tidak termasuk apabila EU membuka semula sempadan kepada mereka di luar blok mulai 1 Julai.

Kedua-dua draf senarai akan membenarkan pelawat dari China, di mana virus pertama muncul pada akhir tahun lalu, tetapi tidak termasuk warga Amerika serta Britain dan Rusia. – AFP