AMERIKA SYARIKAT, 31 MEI – Negara-negara kepulauan kecil yang sedang membangun (SIDS), yang merupakan antara mangsa pertama perubahan iklim, kelmarin menerima pakai rancangan 10 tahun mendapatkan sokongan antarabangsa dalam menangani ancaman yang teruk bahkan ancaman kewujudan.
“Ia merupakan permulaan bagi pelan 10 tahun. Dan saya berharap tidak akan ada sekatan yang akan dikenakan pada SIDS,” kata Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Amina Mohammed, sambil menekankan ‘ketidakadilan global’ yang sedang dihadapi mereka.
Berucap pada akhir Persidangan PBB keempat mengenai negara-negara ini, Perdana Menteri Antigua dan Barbuda Gaston Browne, yang ibu negaranya menjadi tuan rumah forum itu, berkata rancangan itu akan digunakan untuk ‘menggalakkan dan menyokong kepentingan SIDS’ dalam kalangan pelbagai badan global.
“Kami sedang meraikan permulaan baharu untuk masa depan yang lebih cerah untuk SIDS,” katanya.
Kumpulan 39 negara itu – daripada Caribbean dan lautan Pasifik dan India – mempunyai 65 juta penduduk. – AFP
