Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Negara membangun catat kadar TB tertinggi

    MANILA, 7 JULAI – Banyak negara membangun di rantau Asia dan Pasifik, termasuk Filipina, masih menghadapi kadar insiden tuberkulosis (TB) yang tinggi, menurut artikel dari Asian Development Blog oleh Bank Pembangunan Asia (ADB).

    Merujuk kepada data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), artikel yang diterbitkan baru-baru ini menyatakan penyakit berjangkit itu ‘masih berleluasa’ di rantau itu, dengan Asia Tenggara menyumbang 46 peratus jangkitan global pada tahun 2022, ‘yang tertinggi di antara semua rantau’.

    Artikel itu menyatakan pandemik COVID-19 telah menghalang program pencegahan dan rawatan TB negara, menyebabkan kematian berlebihan berjumlah setengah juta antara tahun 2020 dan 2022.

    Walau bagaimanapun, berita baik adalah terdapat pemulihan pasca-pandemik dalam jumlah pesakit yang didiagnosis dan dirawat untuk TB, membantu mengurangkan kesan teruk akibat pandemik tersebut, tambah artikel itu.

    Menurut Laporan Tuberkulosis WHO 2023, negara-negara Filipina, bersama Indonesia, Mongolia, Papua New Guinea dan Vietnam mencatat jumlah TB tertinggi di rantau berkenaan.

    Gambar Freepik

    Kira-kira 700,000 orang daripada 115 juta penduduk di Filipina menghidap TB aktif.

    Hampir 10 juta orang di Filipina tinggal di kawasan bandar miskin.

    Kemiskinan dan kesesakan, bersama dengan perkhidmatan kesihatan awam yang kekurangan sumber, adalah faktor utama tercetusnya TB yang meluas di negara itu, menurut The Lancet.

    Di Indonesia, TB adalah penyebab kematian keempat tertinggi secara keseluruhan, dan dalam kalangan mereka yang berumur 15 hingga 49 tahun, ia adalah penyebab kematian nombor satu akibat penyakit berjangkit.

    TB, penyakit bawaan udara yang disebabkan oleh kemiskinan bandar, kini merupakan penyebab kematian berjangkit kedua ter-besar di dunia selepas COVID-19.

    Banyak negara sedang berusaha untuk menghapuskan TB menjelang 2030, selaras dengan Strategi Menamatkan Tuberkulosis oleh WHO. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda