WARSAW, 2 OGOS – Sekutu NATO yang terletak di sepanjang kawasan timur perikatan itu semakin bimbang tentang kehadiran tentera upahan kumpulan Wagner yang dikaitkan dengan Rusia di Belarus, di mana sebahagian daripadanya telah ditempatkan sejak pemberontakan tidak lama di Rusia pada bulan Jun.
Poland, Lithuania dan Latvia, anggota NATO dan Kesatuan Eropah yang bersempadan dengan Belarus telah pun bewaspada sejak beberapa bulan lalu ketika sejumlah besar pendatang dan pelarian mula tiba di sempadan mereka dari Belarus.
Mereka menuduh pemimpin Belarus, Alexander Lukashenko, sekutu Rusia, membuka laluan penghijrahan dalam tindakan perang hibrid yang bertujuan mewujudkan ketidakstabilan di Barat.
Kini kebimbangan semakin meningkat sejak tentera Wagner mula tiba di Belarus selepas pemberontakan singkat mereka di Rusia.
Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki, berkata pada hujung minggu bahawa kira-kira 100 pejuang Wagner di Belarus telah menghampiri sempadan dengan Poland, khususnya kawasan sensitif strategik yang dikenali sebagai Suwalki Gap.
“Kini keadaan menjadi lebih berbahaya,” kata Morawiecki kepada pemberita. “Ini sudah tentu merupakan langkah ke arah serangan hibrid selanjutnya di wilayah Poland.” – AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P12-C-New-AP_03082023.jpg)