Sunday, July 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Negara pengeluar minyak sedia kekal perjanjian

    VIENNA, 30 Nov – Negara-negara pengeluar minyak ahli (OPEC) dan bukan ahli dijangkakan untuk meneruskan perjanjian bagi mengekalkan pengeluaran dalam usaha untuk meningkatkan harga mentah lebih tinggi lagi.

    Namun, keputusan tersebut belum jelas sama ada mereka akan menyambung enam atau sembilan bulan perjanjian bagi mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari, yang akan berakhir pada 31 Mac, 2018.

    Perjanjian yang belum pernah terjadi sebelumnya di kalangan negara-negara pengeluar OPEC yang diketuai oleh Arab Saudi, Rusia dan negara-negara lain kecuali Amerika Syarikat telah memulakan perjanjian tersebut tahun lalu dan disambung lagi pada awal tahun ini.

    Matlamatnya adalah untuk mengurangkan lebihan global dalam bekalan yang mendorong kejatuhan harga minyak ke paras terendah sepanjang 13 tahun di bawah AS$30 setong pada awal 2016 daripada lebih AS$100 pada tahun 2014.

    Sementara membantu para pengguna, harga yang rendah telah menjejaskan sumber pendapatan di negara-negara pengeluar minyak, menyebabkan pengurangan pengeluaran minyak di negara-negara kaya raya seperti Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain.

    Polis dilihat membuat rondaan semasa berada di luar ibu pejabat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum, OPEC, semalam di Vienna. – AP

    Perjanjian tersebut melecehkan anggota OPEC Venezuela yang banyak bergantung terhadap mata wang asing, telah memburukkan lagi krisis ekonomi yang membawa ancaman terhadap bebanan hutang negara itu.

    Walaupun dengan sedikit bantuan kepada Caracas, di mana pengeluaran minyak berada pada landasan yang mencecah paras terendah dalam tempoh 30 tahun pada tahun 2018, perjanjian itu akhirnya berjaya meningkatkan harga minyak mentah.

    Harga minyak tinggi kini menghampiri tempoh selama dua tahun, dengan Brent Crude hampir AS$65 setong, manakala West Texas Intermediate pulih kepada lebih dari AS$60.

    Harga tersebut mengalami sedikit kejatuhan pada baru-baru ini sebelum mesyuarat Vienna dimulakan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda