Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Negara sasar vaksinasi 80% penduduk

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Setakat 27 September, sejumlah 183,423 atau 40.4 peratus jumlah penduduk telah melengkapi program vaksinasi selepas menerima dos kedua, sementara 281,303 atau 62 peratus lagi sudah menerima dos pertama mereka.

    Semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berkata dengan adanya sumbangan vaksin, Negara Brunei Darussalam berhasrat untuk mencapai sasaran vaksinasi 80 peratus daripada jumlah penduduk.

    Peratusan itu termasuk remaja yang berumur antara 12 hingga 17 tahun, katanya, semasa menjawab pertanyaan adakah negara akan mencapai 70 peratus imuniti sebelum penghujung tahun ini.

    Sementara itu, ketika ditanya mengenai ujian calitan besar-besaran (mass swabbing) yang giat dilaksanakan ketika ini, beliau berkata mereka yang menjalani ujian berkenaan juga akan diarahkan untuk menjalani pengasingan di kediaman masing-masing sehingga keputusan keluar.

    “Seperti kebiasaannya keputusan untuk ujian tersebut akan cepat diterima hanya dalam beberapa jam saja,” tambahnya.

     

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda