SYDNEY, 30 APRIL – Australia Capital Territory (ACT) hari ini menjadi negeri yang pertama daripada lapan buah negeri di negara itu dan rantau tanah besarnya yang mengisytiharkan ia bebas daripada semua jenis penyakit koronavirus yang diketahui.
Ketua Pegawai Kesihatan Kerryn Coleman mengatakan negeri-negeri berhampiran Canberra bebas daripada sebarang jangkitan yang direkodkan kelmarin buat pertama kalinya selepas pesakit terakhir pulih.
Terdapat 106 kes COVID-19 yang disahkan di Canberra dan tiga pesakit meninggal dunia. ACT mempunyai populasi 420,000, negeri kedua dan wilayah terkecil Australia, dengan kadar jangkitan seorang daripada kadar populasi. – AP