VIENNA, 10 MAC – Penyiar awam Austria ORF terpaksa mengeluarkan permohonan maaf kerana menggoreng spesies ikan terancam semasa rancangan memasak selepas dikritik oleh nelayan-nelayan.
Dalam rancangan yang disiarkan minggu lalu, seorang tukang masak berkongsi resipi yang menampilkan ikan goreng dan salad kentang berasaskan roux di sebelahnya.
Tetapi nelayan marah apabila mendapati ikan Frauennerfling, spesies terancam dalam senarai merah di Austria sejak 2002 telah dimasak.
Beberapa nelayan kemudian memaklumkan kepada persatuan perikanan Austria.
“Kami memfailkan aduan terhadap individu yang tidak dikenali awal minggu ini,” kerana menangkap spesies terancam di sungai Danube dan saluran air berdekatan, kata Gregor Gravogl, pengarah persatuan perikanan Lower Austria, memberitahu AFP pada Jumaat lalu.
Ikan yang nama saintifiknya rutilus pigus itu sedang pupus akibat peningkatan suhu air dan pembinaan di sepanjang sungai Danube, tambah Gravogl. – AFP


