Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nelayan cedera dihempap ikan paus

    SYDNEY, 7 Ogos – Dua nelayan Australia telah dimasukkan ke hospital pada hari Sabtu selepas bot mereka dipenuhi oleh ikan paus kelasa dan menghempap mereka sehingga mereka tidak sedarkan diri.

    Menurut laporan hari ini, kapal piagam dengan empat krew lelaki sedang dalam pelayaran di pantai Bowen yang terletak di rantau Kepulauan Whitsunday yang terkenal di Queensland ketika ikan paus besar menghempap mereka. Helikopter penyelamat telah dipanggil ke tempat kejadian untuk menyelamatkan semula Lelaki yang cedera itu.

    Oliver Galea, 44, merupakan salah seorang yang mengalami kecederaan dan menerima lapan jahitan di kepalanya di Hospital Propserine berdekatan akibat serangan ke atas bot itu. Mark Young, seorang penumpang di atas bot yang melawat Australia dari Zambia, telah dihempap sehingga tidak sedarkan diri oleh serangan itu mengikut Greg Wilson, yang juga berada di atas kapal, dan mengatakan bahawa dia “memukul kepalanya di bahagian depan kapal tersebut.”

    “Mark, lelaki di sebelah saya tidak sedarkan diri, semuanya berlaku begitu pantas, ia adalah satu kemalangan aneh,” kata Wilson. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda