Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nelayan hilang di perairan Lambidan, dikhuatiri lemas

    LABUAN, 4 JAN – Seorang nelayan dilaporkan hilang ketika pergi memukat ikan di perairan Lambidan, Menum-bok, Sabah pagi semalam. 

    Sarizal Salleh, 39, dikhuatiri lemas apabila anggota keluarganya menyedari beliau tidak pulang ke rumah sejak semalam.

    Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata pihaknya telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik sahaja menerima laporan kehilangan lelaki itu pada 10 pagi semalam.

    “Lelaki tersebut dikatakan telah keluar untuk memukat ikan pada kira-kira pukul 6 pagi di pinggir pantai  Lambidan, namun dia tidak pulang ke rumah selepas beberapa jam dan ahli keluarganya telah membuat laporan polis pada hari yang sama,” katanya hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda