Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nelayan Indonesia terapung tiga hari diselamatkan

    LUMUT, 29 JUN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membantu menyelamatkan lima nelayan warga Indonesia yang terapung hampir tiga hari di laut akibat bot karam, di stesen luar pantai TLDM, Stesen Jarak kira-kira 35 batu nautika barat daya Pulau Pangkor, petang semalam.

    Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua nelayan itu kemudiannya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Pulau Pangkor sebelum dibawa kepada pihak kedutaan Indonesia untuk dokumentasi selanjutnya.

    “Kelima-lima awak-awak nelayan tersebut dipercayai telah terapung di laut selama tiga hari sebelum diselamatkan oleh bot nelayan tempatan dan kemudian dipindahkan ke Stesen Jarak.

    “Mangsa yang dalam keadaan lemah seterusnya diberi bantuan makanan dan minuman di Stesen Jarak sebelum dipindahkan ke Kapal Diraja (KD) Mahamiru yang sedang melaksanakan Operasi Benteng Laut dan Operasi Patrol Koordinasi Malaysia-Indonesia (OP Patkor Malindo),” menurut kenyataan itu hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda