Saturday, February 8, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nelayan lemas ditemui

    KOTA KINABALU, 2 Nov – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang tiga hari lalu di kawasan perairan Tanjung Aru, Menumbuk ditemukan lemas pagi ini.

    Mayat Awang Tahir Daud, 42, dijumpai dua penduduk kampung kira-kira 7 pagi tadi, tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang selepas dikatakan terjun ke laut dari atas bagang untuk menyelamatkan perahunya yang terlepas daripada ikatan.

    “Mangsa disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda