Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Nelayan maut dipanah petir

    KANGAR, 16 MEI – Seorang nelayan maut selepas dipanah petir ketika berada dalam bot di perairan Kuala Sungai Padang, Simpang Empat, malam kelmarin.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Baeyah Abdul Wahab berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian menimpa Muhamad Faiez Othman, 28, daripada abangnya pada 11:50 malam.

    Beliau berkata insiden berlaku pada 9:50 malam ketika mangsa bersama seorang awak-awak bot itu dalam perjalanan pulang ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Sanglang berikutan hujan dan kilat.

    “(Sebelum kejadian) kira-kira 7 malam, Muhamad Faiez dan awak-awak itu keluar menaiki bot dari jeti terbabit ke Persisiran Pantai Kuala Sungai Padang untuk memukat udang.

    “Ketika dalam perjalanan balik ke jeti, tiba-tiba kilat telah menyambar di sekitar kawasan bot yang menyebabkan Muhamad Faiez rebah terlentang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Baeyah berkata nelayan itu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah, di sini dengan ambulans Klinik Kesihatan Kuala Sanglang sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

    Beliau berkata pemeriksaan mendapati nelayan itu mengalami pendarahan di telinga sebelah kiri dan luka melecur di bahagian paha kanan manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    Banjir buruk Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang

    HANOI, 23 NOV - Banjir berterusan yang melanda kawasan...

    Kemalangan membabitkan 13 kenderaan ragut 2 nyawa, 4 cedera

    SEOUL, 18 NOV - Dua maut manakala empat lagi...

    Dua maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Itali

    ROM, 18 NOV – Pasukan bomba Itali kelmarin berkata...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...