Friday, November 15, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nelayan temui bom udara AS seberat 230kg

    PHNOM PENH, 14 JUN – Seorang nelayan menemui sisa bom udara MK-82 buatan Amerika Syarikat (AS) semasa perang di sebuah tasik di pinggir barat Phnom Penh, ibu kota Kemboja, kata seorang ketua pembersihan periuk api hari ini.

    Ketua Pengarah Pusat Tindakan Periuk Api Kemboja (CMAC), Heng Ratana berkata bom udara MK-82, seberat kira-kira 230 kilogram (kg), telah ditemui kelmarin di sebuah tasik di daerah Kamboul.

    “Dia sedang menangkap ikan, tetapi malangnya menemui bom udara jenis MK-82!,” tulis Ratana di media sosial, dengan gambar yang menunjukkan seorang pakar Pelupusan Ordnance Letupan (EOD) CMAC sedang memusnakan bom tersebut di tepi tasik.

    Menurut pegawai itu, sejak awal tahun ini, pasukan EOD telah menggali dan mengeluarkan 10 bom udara MK-82 dan satu bom udara M117 seberat 350kg di wilayah yang berbeza termasuk Kampong Cham, Kampong Speu, Kandal, Preah Sihanouk, dan Svay Rieng, serta ibu kota Phnom Penh. – Xinhua

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda