Sunday, July 13, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nelly tekad tebus kekecewaan di Terbuka AS

    HOUSTON, 19 JUN – Pemain golf nombor satu dunia, Nelly Korda mengakui kekecewaan selepas tewas tipis dalam saingan Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) awal bulan ini menjadi pencetus semangat untuk meraih kejayaan menjelang Kejohanan PGA Wanita yang membuka tirai hari ini.

    Bintang Amerika berusia 26 tahun itu terpaksa berpuas hati di tempat kedua di belakang Maja Stark di Erin Hills tiga minggu lalu selepas beberapa kesilapan pada pusingan akhir menjejaskan peluangnya untuk menggondol kejuaraan utama ketiga.

    “Ia sungguh mengecewakan,” kata Korda sejurus selepas meraih naib juara. “Tetapi itulah hakikat sukan golf,” tambahnya.

    Korda telah lama menyasarkan kejohanan terbuka itu sebagai salah satu keutamaannya sejak membuat penampilan sulung kejuaraan utama dalam kejohanan itu pada usia 14 tahun pada 2013 dan prestasi tahun ini menyaksikan peluang terbaiknya untuk menggenggam kejuaraan itu, namun ia masih belum menjadi kenyataan.

    Korda bagaimanapun berkata dia bersedia untuk beralih ke fasa baharu berikutan kekecewaannya apabila kejuaraan utama ketiga musim ini akan berlangsung di PGA Frisco Fields Ranch East seluas 6,604 meter hari ini.

    “Ia hanya membakar semangat saya untuk terus memburu kemenangan. Saya tidak suka lakukan kesilapan dan seperti semua atlet, kemenangan adalah sesuatu yang sentiasa saya impikan,” kata Korda. – AFP

    Nelly melakukan pukulan keempat semasa pusingan ketiga kejohanan golf Terbuka Wanita AS di Erin Hills pada 31 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda