BUENOS AIRES – Impian Ana Obarrio de Pereyra Iraola untuk menjadi bintang tenis ditangguhkan pada tahun 1949 apabila suaminya mengarahkan dia berhenti bermain.
Bagi 20 tahun akan datang, beliau akan menumpukan sepenuhnya dalam menjaga 10 orang anaknya. Tetapi buat masa sekarang dalam umurnya 83 tahun, seorang nenek daripada Argentina ini telah menghidupkan kembali impiannya.
“Saya suka untuk bersaing. Saya suka untuk menang,” kata beliau, semasa duduk dalam cuaca panas di kelab sukan Hurlingham di Buenos Aires.
Dia memberitahu perkara itu kepada AFP selepas memenangi Argentina Senior Masters dalam kategori 80 tahun ke atas. Keluarga Obarrio sangat menyukai acara sukan tenis. Dia mula bermain sejak usia remaja lagi dan merupakan juara bahagian remaja.
Beliau bertemu dengan suaminya ketika dia berumur 18 tahun. Tidak lama selepas itu, dia melepaskan peluangnya untuk bermain dalam kejohanan antarabangsa.
“Suami saya tidak suka saya bermain dalam beregu campuran dengan lelaki … saya tidak bermain lagi selepas itu,” katanya mengimbas kembali.
“Saya tidak menyesal. Saya akan melakukan perkara yang sama sekali lagi. Kegembiraan pertama saya ialah anak-anak saya. Tenis muncul kemudian.”
Dia menyambung semula bermain dengan rakan-rakan pada usia 40-an. Dalam umur 60-an, selepas kematian suaminya, dia mula bersaing dengan serius. Obarrio berlatih tiga kali seminggu di gelanggang keluarganya yang dibina untuknya di kawasan miliknya.


– AFP



“Beliau mempunyai gaya permainan terbaik bagi sesiapa dalam kategorinya,” kata Norma Baylon, seorang bintang tenis Argentina dari tahun 1960-an.
Argentina mempunyai kira-kira 1,000 peserta yang kompetitif dalam kategori warga emas – lebih daripada kebanyakan negara.
“Sebagai pemain yang sudah berumur, tujuannya adalah untuk mengurangkan larian dan mencapai ketepatan yang lebih besar dalam pukulan mereka,” kata jurulatih Roberto Alvarez, pengarah Argentina Senior Masters 2016.
Obarrio bermain bergaya tahun 1950, berkasut rata putih dan memakai seluar pendek dan baju t-shirt dalam mengimbas kembali zaman mudanya.
“Saya memakai kasut saya dan merasakan aura di gelanggang tenis ini,” katanya. “Ia memberikan saya satu keseronokan tak terhingga.”
Dua daripada anak-anak perempuan Obarrio dan enam cucunya datang untuk menonton beliau menewaskan pesaingnya yang berusia 80 tahun di Kejohanan Masters peringkat akhir di gelanggang tanah liat Hurlingham.
Obarrio berada di kedudukan ketiga di negara ini dalam kumpulan umur beliau. Tahun ini dia menyasarkan untuk bermain dalam kejohanan senior dunia di Florida.
“Saya taksub untuk memenangi kejohanan itu,” kata beliau. Obarrio mempunyai 37 orang cucu.
“Dia sangat bersikap terbuka dan bersemangat,” kata salah seorang daripada mereka, Lupe, 19, selepas menonton kemenangan kejohanan Masters beliau.
“Dia adalah seorang nenek yang luar biasa.” – AFP