Thursday, July 17, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nenek Bongkok Tiga bongkar kisah silam Meerqeen

    Pelakon Meerqeen (gambar) mendedahkan mengalami masalah kemurungan ketika menjalani penggambaran drama bersiri terbaharu Viu Original berjudul Nenek Bongkok Tiga.

    Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata, watak sebagai Adi yang dipegang dalam siri berkenaan telah ‘membongkar’ kisah silamnya memandangkan pernah berdepan masalah sama sebelum ini.

    “Sebenarnya watak Adi dalam Nenek Bongkok Tiga adalah diri saya sendiri. Saya boleh rasakan sepanjang menjayakan watak itu ia ada kena mengena dengan masa lalu saya.

    “Masalah kemurungan datang semula semasa membawa watak Adi. Saya lebih gemar duduk seorang diri sepanjang empat bulan penggambaran, balik rumah depresi seperti terbawa-bawa sebab watak tersebut. Meerqeen berkongsi perkara itu ketika ditemui Tayangan Perdana Nenek Bongkok Tiga di ibu kota pada semalam.

    Berkongsi kisah silamnya, Meerqeen berkata, ketika melanjutkan pelajaran di sebuah kolej dia pernah mengalami masalah sama dan disebabkan itu menganggap watak dipegang menggambarkan dirinya sendiri. Dah alang-alang watak Adi sebegitu rupa jadi saya buka sedikit saya punya masa lalu kerana sedikit sebanyak ada persamaan.

    Pelakon yang terkenal dengan drama Melur Untuk Firdaus itu bagaimanapun berkata, dia bersyukur diberi peranan tersebut kerana ia sekali gus membuatkan dia terbuka berkongsi kisah lalu dengan peminat. Sementara itu, Meerqeen turut mendedahkan dia sanggup tidak mandi dan membiarkan wajahnya ditumbuhi jerawat demi menjayakan berkenaan.

    Tidak hanya itu, Meerqen memberitahu dia menurunkan berat badan sebanyak5kg demi memastikan wataknya memberi impak. – Agensi

    Meerqeen sanggup membiarkan mukanya ditumbuhi jerawat untuk menghidupkan watak lakonannya.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda