GEORGE TOWN – Siapa hari ini yang tidak kenal dengan Kak Cik Yah? Warga emas berusia 75 tahun yang menjadi sohor kini selepas video masakannya tular di aplikasi TikTok sehingga meraih jutaan tontonan sejak minggu lepas. Menggunakan nama akaun @kakcikyah4, populariti diraih Kak Cik Yah atau nama sebenarnya Nariah Ahmad membuatkan semakin ramai meminati individu

