Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

Neo Metro adakan promosi jualan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Neo Metro, syarikat pengeluar set sofa dan perabot rumah, telah mengumumkan promosi jualan perabot besar-besaran sempena ulang tahun ke-10 tahun syarikat berkenaan dengan menawarkan diskaun sehingga 60 peratus di kedua-dua cawangannya di Batu Bersurat dan Delima, Berakas, berakhir 14 Ogos 2017.

Wakil Neo Metro, Sisca Aroyo berkata, Promosi Jualan Ulang Tahun Neo Metro berkenaan bertujuan untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggannya dan juga untuk menjalankan jualan sepanjang tempoh promosi berlangsung.

Tawaran menarik dalam kempen promosi itu termasuk bagi koleksi set bilik tidur buatan Malaysia dan Itali yang ditawarkan pada harga berpatutan, untuk set-set tertentu sahaja. Selain itu, ia turut menawarkan promosi set perabot pejabat sehingga 50 peratus.

Antara perabot yang dijual oleh syarikat berkenaan.
Antara perabot yang dijual oleh syarikat berkenaan.
Koleksi set bilik tidur terbaru yang dipromosikan sempena ulang tahun Neo Metro.
Koleksi set bilik tidur terbaru yang dipromosikan sempena ulang tahun Neo Metro.

Beliau berkata, produk ikonik Neo Metro adalah perabot sofa fabrik dengan rekaan dari Malaysia dan Itali di mana ia membolehkan syarikat terbabit menawarkan harga mampu milik kepada pengguna berbanding perabot kulit.

“Kami memberi fokus kepada pasaran bandar pertengahan mewah di mana 90 peratus produk kami adalah daripada fabrik terbaik, yang kini menjadi antara produk paling mendapat sambutan tinggi,” katanya.

Sisca Aroyo juga berkata, syarikat turut memberikan Baucar ZenSpa bernilai $100 hingga $200 untuk setiap pembelian set-set perabot bagi menambahkan kemeriahan promosi ulang tahun berkenaan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -