Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Nepal akan bentuk gabungan baharu

    KATHMANDU, 4 MAC – Perdana Menteri Nepal, Pushpa Kamal Dahal akan menggubal semula kerajaannya dalam rombakan terbaharu selepas berlaku perpecahan dengan rakan pakatannya, kata pegawai hari ini.

    Parti Pusat Maois Dahal dijangka menyingkirkan parti Kongres Nepal (NC) yang berhaluan tengah dan membina semula gabungan berhaluan kiri dengan sekutu lamanya, Parti Komunis Nepal-Union Marxist Leninis (CPN-UML).

    “Perdana menteri telah memaklumkan kepada presiden mengenai penstrukturan semula kabinet,” kata setiausaha akhbar Dahal, Govinda Acharya kepada AFP.

    Dahal, 69, bekas pemberontak Maois yang lebih dikenali dengan nom de guerre Prachanda atau ‘yang garang’, memimpin parti Pusat Maois.

    Ia adalah parti ketiga terbesar dengan 53 kerusi dalam parlimen 275 ahli, yang mana kerajaan mesti menguasai sekurang-kurangnya 138 kerusi.

    Maois telah mendominasi politik Nepal selama lebih 20 tahun selepas melancarkan pemberontakan 10 tahun terhadap tentera kerajaan yang meragut lebih 16,000 nyawa.

    Perang saudara berakhir dalam perjanjian damai 2006, yang menyaksikan pemimpin pemberontak Dahal menjadi perdana menteri pertama Nepal selepas perang.

    Tiga parti utama Maois, CPN-UML, dan NC sejak itu telah memonopoli politik, membentuk pelbagai gabungan rapuh antara satu sama lain. – AFP

    Gambar ANN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...