Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Nepal keluarkan 63 permit pendakian Gunung Qomolangma

    KATHMANDU, 2 APRIL – Seramai 63 orang pendaki telah menerima permit untuk mendaki Gunung Qomolangma, gunung tertinggi di dunia dari sisi Nepal, pada musim pendakian musim bunga menjelang Isnin, menurut Jabatan Pelancongan Nepal.

    Para pendaki terdiri daripada empat kumpulan dan termasuk 13 wanita, kata jabatan itu.

    “Ini baru permulaan. Lebih banyak permit seperti itu akan dikeluarkan secara berkala,” kata Chun Bahadur Tamang, seorang pegawai di jabatan itu, kepada Xinhua hari ini.

    Selain Gunung Qomolangma setinggi 8,848.86 meter yang merentasi Nepal dan China, Nepal juga telah membenarkan 85 orang pendaki dari pelbagai negara dan wilayah untuk mendaki lapan gunung lain di dalam negara semasa musim bunga.

    Melalui pengeluaran permit pendakian, kerajaan Nepal telah mengumpulkan sejumlah AS$793,850 dalam yuran royalti kelmarin, termasuk AS$693,000 bagi Gunung Qomolangma, kata jabatan itu.- Xinhua

    Gambar hiasan Freepik.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...