KATHMANDU, 5 JAN – Kerajaan Nepal telah melarang rakyatnya daripada berkunjung ke Rusia atau Ukraine untuk mendapatkan pekerjaan, mengatakan ramai yang telah direkrut oleh tentera Rusia untuk berperang dalam konflik di sana.
Jabatan Pekerjaan negara itu mengeluarkan notis mengatakan ia mempunyai laporan mengenai warga Nepal dalam tentera Rusia terbunuh dan sedang menyiasat perkara itu.
Sekurang-kurangnya 10 warga Nepal dipercayai telah terbunuh dalam pertempuran tersebut dan empat lagi telah ditawan oleh pihak Ukraine.
Puluhan ribu rakyat Nepal pergi ke luar negara untuk mencari kerja setiap tahun dan dikehendaki mendapatkan permit daripada kerajaan sebelum meninggalkan negara itu untuk bekerja.
Juga dipercayai terdapat beberapa warga Nepal bertempur sebagai askar upahan di pihak Ukraine, tetapi ia belum lagi disahkan oleh kerajaan. – AP


