ZURICH, 31 OGOS – Syarikat gergasi makanan Switzerland, Nestle hari ini berkata ia akan membeli syarikat perawatan alergi Amerika Syarikat (AS), Aimmune Therapeutics dalam satu perjanjian bernilai AS$2.6 bilion (2.1 bilion euro).
Nestle Health Science (NHS), subsi-diari perubatan nutrisi syarikat itu sudah pun memiliki lebih 25 peratus saham dalam firma California itu dan berkata ia merancang untuk membeli selebihnya dalam usaha untuk memperkembangkan portfolio alergi makanannya.
Nestle berkata ia amat berminat untuk memiliki Palforzia Aimmune, yang dikatakannya satu-satu rawatan yang diluluskan oleh Pentadbiran Ubat-ubatan Persekutuan AS (FDA) untuk membantu mengurangkan kekerapan dan pengalaman teruk alergi kacang dalam kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun.
Ia mengatakan akan menawarkan pemegang saham AS$34.50 sesaham – 174 peratus di atas harga penamat Aimmune pada Jumaat – dan akan membiayai pembelian ‘secara tunai’.
Ketua NHS, Greg Behar menyambut baik perjanjian itu, mengatakan dalam satu kenyataan bahawa pembelian itu akan membolehkan ia untuk “menawarkan penyelesaian luas yang dapat mentransformasikan kehidupan orang yang mengalami alergi makanan di seluruh dunia.”
“Alergi makanan bukan hanya mengganggu kehidupan seharian, malah ia boleh mengancam nyawa,” tekan Nestle, mengatakan kira-kira 240 juta orang di seluruh dunia mengalaminya dengan mereka yang mengalami alergi kacang paling banyak ditemui.– AFP
