Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Nestle memperkenalkan produk terbarunya ‘Cheerios Oat Crisp’ di Pasar Raya Giant Tasek Rimba, hari ini.
Semasa pelancaran itu, para pelanggan telah diberikan penerangan lanjut mengenai kebaikan produk Cheerios Oat Crisp dan promosi yang dijalankan pada masa ini.
Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan Timur Malaysia dan Brunei Nestle, Alice Gan, rekod dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun 2014 menunjukkan penyakit jantung adalah penyebab kematian nombor satu di Brunei disebabkan dari diet, tekanan dan kurang bersenam.
Sebagai usaha pencegahan awal penyakit jantung, produk berupa makanan bijiran oat beta glucan buatan Australia telah diperkenalkan dalam usaha untuk membantu mengurangkan tahap kolesterol di dalam badan dan setiap satu sajian dengan tambahan susu hanya mengandungi 232 kalori sahaja.
Cheerios Oat Crisp bijiran sarapan yang popular di Malaysia kini boleh didapati di Pasar Raya Giant Tasek Rimba.
