ZURICH, 20 OKT – Nestle hari ini meningkatkan ramalan perkembangannya selepas penjualan buat kali pertama dalam tempoh sembilan bulan tahun ini hasil daripada penjualan kopi dan sayur-sayuran serta peningkatan harga.
Pengeluaran dari Switzerland yang menghasilkan bermacam-macam barangan dari coklat hingga makanan haiwan peliharaan dan susu formula berkata mereka mampu bertahan daripada dua tempoh kemelesetan dan gangguan rantaian bekalan, yang memberikan tekanan terhadap pemulihan ekonomi dunia daripada pandemik koronavirus.
Penjualan meningkat lebih daripada jangkaan sebanyak 2.2 peratus kepada 63.3 bilion Swiss francs (AS$68.5 bilion) dalam sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama pada 2020.
Para pelabur memantau rapat perkembangan Nestle, yang tidak mencampurkan kesan pemerolehan baru-baru ini atau penjualan aset bagi menumpukan operasi teras syarikat.
Syarikat tersebut berkata pertumbuhan mencapai 7.6 peratus dalam tempoh Januari hingga September. – AFP