Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Berjaya Sdn Bhd tidak ketinggalan untuk mengetengahkan barisan kenderaan edarannya termasuk Neta X, yang merupakan SUV elektrik pertama jenama berkenaan di Brunei, bersama-sama dengan GWM Haval Jolion Ultra yang dilancarkan baru-baru ini, semasa BIBD Mega Karnival yang berlangsung di Dewan Bridex, Jerudong.
Semasa pameran berkenaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman berpeluang menyaksikan kenderaan yang dipamerkan.
Hadir sama di pameran itu ialah Pengarah Urusan Berjaya, Pengiran Irwan Ab Rahaman bin Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman dan Pengurus Lepas Jualan, Alex Tanggiling.
Berjaya juga memperkenalkan Program Neta Mini-Lease, iaitu sebuah program yang menawarkan kaedah yang fleksibel dan mampu milik bagi pemandu-pemandu di Brunei untuk menikmati manfaat pemilikan kenderaan elektrik (EV) dengan komitmen bulanan yang rendah.
Selain itu, Kempen Drive & Experience turut diadakan di mana ia memberikan ganjaran kepada para pelanggan yang menguji pandu mana-mana model daripada barisan GWM dengan hadiah eksklusif GMW.