Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Netanyahu dibenar keluar dari hospital

    JERUSALEM, 16 JULAI – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas dimasukkan ke hospital akibat dehidrasi.

    Kesihatan Perdana Menteri berusia 73 tahun itu dipantau semalaman di Pusat Perubatan Sheba di luar Tel Aviv, lapor Xinhua.

    Semasa menerima rawatan di hospital selama lebih kurang 20 jam, beliau menjalani siri pemeriksaan perubatan termasuk ujian makmal dan elektrokardiogram untuk memantau aktiviti jantungnya, menurut kenyataan dari pihak hospital.

    Semua ujian “menunjukkan bacaan normal” dan Netanyahu berada dalam “keadaan yang memuaskan”, menurut kenyataan hospital.

    Alat perekod jantung telah dipasang pada Netanyahu “untuk membolehkan pasukan perubatan perdana menteri terus memantau keadaannya secara berterusan”, menurut pihak hospital. – Bernama

    Gambar fail Benjamin Netanyahu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda