BAITULMAQDIS, 1 Jan – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam menegaskan dia tidak akan melepaskan jawatannya jika para pendakwa mahu mendakwanya atas tuduhan rasuah, ketika pihak berkuasa menyiasat beberapa kes melibatkan dirinya menjelang pilihan raya pada April.
Netanyahu berkata dia tidak akan meletak jawatan sebelum kes bagi pihaknya didengari oleh pendakwa raya am sebelum pilihan raya, satu langkah ke hadapan sebelum didakwa secara rasmi. Perdana menteri veteran itu bercakap semasa sidang media yang distrimkan secara online dari Rio de Janeiro di Brazil, semasa dia dalam lawatan rasmi.
Perdana menteri tidak dikehendaki untuk meletak jawatan jika didakwa dalam mana-mana tiga kes tuduhan rasuah itu, namun dia akan berdepan tekanan politik tegang untuk melakukannya.
“Saya tiada niat untuk berhenti, kerana yang pertama tidak akan ada hasil daripada siasatan itu, kedua kerana undang-undang tidak mewajibkan saya untuk melakukannya,” kata Netanyahu di Rio, merujuk kepada proses pendengaran.
“Ia akan menjadi pencabulan serius kepada demokrasi Israel,” tambahnya lagi.
Keputusan peguam negara atas mana-mana pendakwaan dijangka diumumkan beberapa bulan akan datang dan penganalisis mengatakan keputusan Netanyahu untuk menyeru pilihan raya awal adalah tindakan cekap untuk menentang mana-mana dakwaan dengan mandat baharu.
Perdana menteri itu menafikan semua dakwaan ke atasnya dan pilihan raya menunjukkan dia sepertinya akan menangi pilihan raya pada 9 April ini. – AFP