BAITULMAQDIS, 1 MAC – Sehari menjelang pilihan raya ketiga Israel dalam setahun, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berjanji bahawa jika dipilih semula, beliau akan menakluki semula Tebing Barat dalam masa beberapa minggu.
Dalam temu bual dengan radio awam Israel, Netanyahu berkata penaklukan Lembah Jordan dan bahagian Tebing Barat adalah keutamaan beliau di kalangan ‘empat misi utama yang segera’.
“Itu akan berlaku dalam beberapa minggu, paling dua bulan, saya berharap,” katanya dalam wawancara yang disiarkan 24 jam sebelum pilihan raya dijadualkan dibuka.
“Komiti pemetaan Amerika Syarikat (AS) dan Israel telah mula bekerja seminggu yang lalu,” katanya.
Pelan perdamaian Timur Tengah, Presiden Donald Trump dikritik secara meluas pada akhir Januari lalu, memberi negara Yahudi itu lampu hijau terhadap penaklukan itu dan mencadangkan satu jawatankuasa untuk menetapkan sempadan wilayah yang sama untuk ditakluki.

Netanyahu menyenaraikan keutamaannya yang lain sebagai menandatangani perjanjian pertahanan ‘bersejarah’ dengan AS, sekutu utama Israel dan ‘membasmi ancaman Iran’, tanpa menjelaskan rancangannya terhadap Tehran.
Dia telah berkali-kali berikrar untuk menghentikan republik Islam itu membangunkan senjata nuklear dan tidak menolak menggunakan kekerasan.
Beliau juga bertindak untuk menggulingkan Iran dan sekutunya di Syria.
Israel secara rutin menembak peluru berpandu yang dikatakannya menyasarkan warga Iran di Syria, di mana pasukan elit Iran dan tentera bersekutu memainkan peranan penting dalam konflik negara.
Netanyahu menyatakan bahawa matlamat ‘segera’ yang keempat jika menang, meskipun menghadapi perbicaraan atas dakwaan rasuah akan menjadi pembaharuan ekonomi utama untuk mengurangkan kos hidup Israel yang tinggi. – AFP