Friday, February 21, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Netanyahu lantik penasihat ketuai rundingan gencatan

    BAITULMAQDIS, 19 FEB – Seorang pegawai Israel mengatakan bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah melantik seorang penasihat untuk memimpin rundingan peringkat kedua proses gencatan senjata dengan Hamas.

    Pegawai itu berkata Menteri Kabinet, Ron Dermer akan memimpin pasukan Israel.

    Rundingan sebelumnya telah diketuai oleh ketua-ketua agensi keselamatan Mossad dan Shin Bet.

    Rundingan untuk peringkat kedua belum bermula lagi, yang bertujuan untuk menamatkan peperangan, mengembalikan semua tahanan dan pengunduran tentera Israel dari Gaza.

    Pegawai itu hanya bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan, kerana pelantikan tersebut belum diumumkan secara rasmi.

    Dermer, yang lahir di Amerika Syarikat (AS), sentiasa dilihat sebagai penasihat terdekat Netanyahu. Beliau pernah berkhidmat sebagai duta Israel ke AS dan merupakan bekas aktivis Republikan yang mempunyai hubungan erat dengan Trump.

    Dermer kini berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Strategik Israel, di mana beliau menjadi pemain utama dalam hubungan dengan AS serta negara-negara Teluk Arab. – AP

    Penduduk Palestin berjalan di tengah runtuhan selepas serangan udara dan darat oleh Israel di Jabaliya, Gaza, pada 18 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda