Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Netanyahu menang pilihan raya Israel

    BAITULMAQDIS, 4 NOV – Blok sayap kanan bekas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memenangi pilihan raya umum dengan memperoleh 120 kerusi di parlimen, menurut ketua jawatankuasa pilihan raya negara itu.

    Keputusan rasmi akan diserahkan kepada Presiden Isaac Herzog minggu depan, kata pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat Orly Ades dalam satu siaran kenyataan pada Khamis, lapor Xinhua. 

    Parti pimpinan Netanyahu yang menerima sokongan pihak pakatan sayap kanan memenangi 64 kerusi manakala saingan utamanya Yair Lapid memperoleh 51 kerusi. – Bernama

    Benjamin Netanyahu menyampaikan ucapan kepada penyokongnya, ditemani isteri Sara di ibu pejabat kempen di Baitulmaqdis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...