Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Netanyahu, Olmert bertikai di mahkamah

    BAITULMAQDIS, 10 JAN – Dua bekas perdana menteri Israel bersemuka di bilik mahkamah Tel Aviv ketika saman fitnah Benjamin Netanyahu terhadap Ehud Olmert dijalankan hari ini.

    Netanyahu, isteri dan anak lelakinya hadir di mahkamah Majistret Tel Aviv untuk pembukaan kes mereka terhadap Olmert, pendahulu Netanyahu sebagai perdana menteri Israel.

    Netanyahu telah me-ngancam untuk menyaman Olmert atas kenyataan yang dibuatnya pada tahun lalu, semasa pilihan raya parlimen Israel 2021 dan sementara Netanyahu enggan meletak jawatan semasa perbicaraan bagi kesalahan penipuan, pecah amanah dan menerima rasuah.

    Dalam temu bual dengan laman berita Israel April lalu, Olmert melemparkan kritikan terhadap Netanyahu dan berkata bahawa “apa yang tidak boleh diperbaiki ialah penyakit mental perdana menteri, isterinya dan anaknya.”

    Keluarga Netanyahu telah menyaman Olmert, menuntut hampir AS$270,000 sebagai ganti rugi, menurut laporan akhbar Ibrani.

    Kedua-duanya, Netanyahu mahupun Olmert, tidak bercakap di bilik mahkamah. – AP

    Benjamin Netanyahu dan isterinya, Sarah, ketika berada di Mahkamah Majistret Tel Aviv hari ini, semasa pembicaraan awal dalam tuntutan undang-undang fitnah. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...