Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Netanyahu, Putin bincang pelan damai Timur Tengah

    MOSCOW, 30 JAN – Perdana Menteri Israel hari ke Moscow untuk membincangkan pelan damai Timur Tengah Amerika Syarikat (AS) dan membawa pulang wanita Israel yang telah dipenjarakan di Rusia.

    Benjamin Netanyahu membuat persinggahan di Moscow selepas melawat Washington di mana Presiden Donald Trump mendedahkan pelan damai Timur Tengah yang telah lama ditunggu-tunggu pada Selasa lepas.

    Pelan Trump membayangkan pemisahan negara Palestin daripada bahagian utama Tebing Barat kepada Israel. Ia berpihak kepada Israel dalam isu-isu utama yang boleh mengorbankan usaha perdamaian lalu, termasuk sempadan dan status Baitulmaqdis dan penempatan Yahudi, dan mengemukakan syarat-syarat yang hampir mustahil untuk memberikan harapan kepada rakyat Palestin untuk memiliki sebuah negara.

    Netanyahu memberitahu Presiden Rusia Vladimir Putin ketika perbincangan di Kremlin bahawa beliau mahu membincang dan mendengar pandangannya terhadap pelan tersebut.

    “Anda adalah pemimpin pertama yang bercakap dengan saya selepas lawatan saya ke Washington untuk pelan damai Trump, ‘Perjanjian Abad ini’,” katanya. “Saya rasa ada peluang baharu di sini, mungkin juga peluang yang unik, dan saya ingin membincangkan dengan anda dan mendengarkan pendapat anda.”

    Trump menganggap rancangannya sebagai ‘bermanfaat’ untuk kedua-dua Israel dan Palestin, dan mendesak rakyat Palestin supaya tidak melepaskan peluang mereka untuk mendapatkan kemerdekaan.

    Namun Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menolak pelan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ dan berjanji akan menentangnya. – AP

    Presiden Rusia Vladimir Putin (kanan), bercakap kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semasa pertemuan di Kremlin di Moscow, Rusia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda