Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London

    MOSCOW, 24 MAC – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terpaksa menangguhkan lawatan ke London selama sehari kerana menghadapi masalah dengan beberapa juruterbangnya, Sputnik memetik laporan The Telegraph.

    “Difahamkan kebanyakan juruterbang Israel enggan membawa Netanyahu ke United Kingdom,” menurut sumber kerajaan UK.

    Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

    Beribu-ribu orang telah mengadakan bantahan terhadap reformasi kehakiman di Israel yang kini berlanjutan hampir 11 minggu. – Bernama

    Pegawai polis Israel menahan seorang penunjuk perasaan Israel terhadap rancangan kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di Tel Aviv, Israel. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda