Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Netanyahu ulangi ikrar tambah penempatan di Tebing Barat

    BAITULMAQDIS, 1 SEPT – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini memperbaharui janji beliau untuk mengilhakkan penempatan Yahudi di Tebing Barat dalam usahanya untuk meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum pada 17 September depan.

    Netanyahu bersama Parti Likud pimpinannya kini sedang berhempas-pulas mendapatkan sokongan parti haluan kanan lain untuk memancing undi. Beliau membuat janji sama ketika pemilihan pada April lalu, namun keputusan tersebut menyebabkan kerajaan gabungan tidak dapat dibentuk hingga beliau memutuskan untuk mengadakan pilihan raya baharu bagi 17 September. Israel menduduki sebahagian Tebing Barat ketika Perang Enam Hari 1967 dan penempatan haram Yahudi didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan merupakan halangan utama kepada perjanjian damai dengan Palestin.

    Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat dalam satu kenyataan menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan terhadap janji dibuat Netanyahu.

    “PM Israel mengumumkan langkah untuk meluaskan pendudukan di Tebing Barat. Cukup dengan hukuman ini. Menjadi tanggungjawab antarabangsa untuk mengenakan sekatan terhadap Israel selepas jenayah sistematik dilakukan mereka selama beberapa dekad,” katanya menerusi Twitter. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda