Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Netcom buka semula cawangan di Kiulap

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    Gambar oleh Muiz Matdani

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Sebagai usaha serta komitmen berterusan Netcom Computer House membawa produk-produk terkemuka yang berkaitan de-ngan IT kepada para pelanggan serta pengguna di negara ini, Netcom Computer House hari ini telah membuka semula cawangannya di Kiulap selepas melalui pengubahsuaian.

    Perasmian pembukaan semula cawangan berkenaan, telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Netcom Computer House, Vincent Goh bersama pegawai pengurusan Netcom Computer House lainnya.

    Pada acara tersebut, turut diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan Winner of Netcom Tag Share Contest. Selain itu Pengarah Teknikal Netcom Computer House, Chong King Fui turut memperkenalkan produk-produk baharu di samping beberapa promosi jualan terbaharu syarikat tersebut.

    Vincent Goh dan pegawai-pegawai pengurusan Netcom merasmikan pembukaan semula Kedai Komputer Netcom, Kiulap.
    Warga Netcom Computer House bergambar ramai semasa majlis perasmian pembukaan kedai tersebut.

    Pihak Netcom Computer House juga mengumumkan bahawa syarikat berkenaan telah memilih untuk menaja kumpulan Goodfellas yang merupakan salah sebuah kumpulan permainan CSGO tempatan bagi menyertai pertandingan MSI Grand Final di Kuala Lumpur, Malaysia.

    Lebih 70 orang tetamu hadir bagi menyaksikan majlis pembukaan semula cawangan tersebut yang turut disajikan dengan pelbagai juadah makanan dan minuman ringan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda