Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Netcom Computer House hargai kakitangan

    Oleh Lyna Mohamad

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April – Netcom Computer House, malam tadi, telah mengadakan majlis makan malam tahunannya yang membawa tema ‘Rock and Roll’ di Dewan Songket, Hotel Antarabangsa Rizqun.

    Majlis berkenaan diadakan merupakan cara Netcom menghargai kakitangannya atas kerja keras dan dedikasi mereka di mana mereka diraikan dengan malam yang menyeronokkan.

    Majlis berkenaan juga menyaksikan penyampaian anugerah penghargaan kepada kakitangan yang telah berkhidmat selama lima, 10 dan 15 tahun dengan Netcom.

    Mengetuai penerima anugerah ialah Awang Mohd Zulmaswadi yang telah bersama Netcom selama 15 tahun, Imam dan Maribel penerima anugerah perkhidmatan 10 tahun dan Kitchie serta Aprile penerima anugerah lima tahun.

    Pengarah Urusan Netcom, Vincent Goh dalam ucapannya telah melahirkan penghargaan atas usaha jawatankuasa penganjur yang membantu merealisasikan majlis berkenaan kerana, menurutnya, bukanlah satu tugas mudah untuk menguruskan semua hiasan, program dan permainan tanpa mendapatkan bantuan luas dan terpaksa menyediakannya selepas waktu bertugas sahaja, menunjukkan komitmen dan kerjasama mereka.

    Gambar ramai sempena majlis makan malam Netcom Computer House.

    Ini, tambahnya lagi, adalah kunci kepada mengekalkan pertumbuhan perniagaan mereka. Gembira melihat kehadiran setiap kakitangan, beliau menekankan bahawa perhimpunan sedemikian membantu mengukuhkan silaturahim dalam kalangan pasukan seperti sebuah keluarga.

    “Saya sangat terdorong dengan bakat-bakat kakitangan yang membuat persembahan dan saya sangat berbangga melihat keamanan dan keharmonian dalam pasukan Netcom walaupun kita sebuah pasukan besar yang datang dari pelbagai negara dan agama,” tambahnya.

    Majlis berwarna-warni itu dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah seperti gajet-gajet, perkakasan rumah dan paling menarik adalah Dell Notebook, serta pertandingan pakaian terbaik.

    Aktiviti lain yang diadakan termasuk permainan menyeronokkan, pondok gambar dan persembahan-persembahan oleh kakitangan.

    Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Vincent Goh, Pengarah Teknikal, Chong King dan Pengurus, Jackie Lim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda