Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Apr – Netcom Computer House selaku pengedar rasmi jenama DELL di Brunei, hari ini memulakan Jerayawara DELL bertempat di Times Square, Berakas.
Pelbagai produk terbaru DELL seperti komputer riba, komputer (PC), monitor, projektor dan aksesori dipamerkan pada jerayawara tersebut.
Antara menjadi tarikan pada jerayawara tersebut ialah Dell XPS 13 yang merupakan salah satu daripada komputer riba utama dengan paparan 13.3″ QHD InfinityEdge Touch dan dikuasakan dengan pemproses i7 terkini Intel Core serta dilengkapi dengan 8GB RAM dan kapasiti 256GB SSD. DELL XPS 13 juga menawarkan hayat bateri yang lebih lama, prestasi yang lebih cepat dan Wi-Fi yang kuat.
Jerayawara tersebut juga menawarkan baucar $30 membeli-belah Hua Ho bagi setiap pembelian DELL komputer riba dan PC terpilih.
Sementara itu, bagi pembelian produk terpilih DELL dengan pembelian minimum $80 dalam satu resit akan diberi baucar $10 membeli-belah Hua Ho percuma.
Jerayawara ini terbuka kepada orang ramai bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam sehingga 30 April ini.
