Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Netflix akan kenakan bayaran tambahan AS$8 sebulan

    CALIFORNIA, 24 MEI – Netflix kelmarin menggariskan cara ia berhasrat untuk membanteras perkongsian kata laluan akaun yang berleluasa di Amerika Syarikat (AS), langkah terbaharunya untuk menarik lebih ramai pelanggan kepada perkhidmatan penstriman videonya apabila pertumbuhannya semakin perlahan.

    Untuk memerangi perkongsian kata laluan, Netflix berkata ia akan mengehadkan penonton AS kepada orang yang tinggal dalam rumah yang sama. Mereka yang melanggan rancangan Netflix dalam pelan standard atau premium yang berharga AS$15.50 hingga AS$20 sebulan, akan dapat membenarkan individu lain yang tinggal di luar rumah mereka menggunakan kata laluan mereka untuk tambahan AS$8 sebulan, diskaun AS$2 daripada pelan asas syarikat.

    Tanpa memberikan butiran bagaimana ia mengesahkan identiti atau akaun pelanggan, Netflix memberi jaminan bahawa semua orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pelanggan AS masih boleh menstrim siri TV dan filem ‘di mana sahaja mereka berada — di rumah, semasa dalam perjalanan, semasa bercuti’. Syarikat yang berpangkalan di Los Gatos, California itu mempunyai kira-kira 70 juta pemegang akaun AS. – AP

    Logo Netflix dipaparkan di laman web syarikat pada 2 Februari 2023, di New York. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda